Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad

Astro Awani
Mac 7, 2021 00:08 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Mac 2021.
1) COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, tiga korban, 24 kes dikesan di Perlis
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.
2) Tun M, Tun Siti Hasmah terima suntikan vaksin COVID-19
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.
3) PKPP: Sekatan jalan raya masih diteruskan di Putrajaya
Sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Putrajaya masih diteruskan walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac lepas, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.
4) Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, sehingga kini, tiada rekod yang menunjukkan kes-kes COVID-19 berpunca daripada persidangan Dewan Rakyat selain lokasi yang selamat untuk diadakan sesi perbahasan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
5) UMNO 'cakap saja', kalau berpisah dengan Bersatu mereka akan 'jatuh' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan sedia ada tidak mampu untuk kekal utuh sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
6) Kiri kanan musuh menyerang, tetapi pemimpin UMNO degil, tidak akan mengalah - Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui, usaha untuk memulihkan semula parti itu selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukan satu kerja yang mudah.
7) Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Dalam usaha menyelamatkan UMNO, langkah pertama yang perlu parti itu lakukan adalah berani mengambil pendirian untuk ketepikan mana-mana pemimpin yang ada hubung kait dengan pendakwaan di mahkamah.
8) MH370: Genap tujuh tahun tragedi berlalu
Acapkali apabila tiba 8 Mac, ada sekelumit perasaan ingin tahu tercetus dalam kalangan waris penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat itu tujuh tahun lepas, mengiringi doa dan harapan agar keajaiban akan muncul satu hari nanti.
9) Tujuh tahun misteri MH370: Kerajaan terbuka perbincangan untuk teruskan pencarian
Kerajaan terbuka mengadakan sebarang perbincangan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, tujuh tahun lalu.
10) Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian
Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan oleh sebuah organisasi regenerasi bandar yang berorientasi masyarakat, Think City mendedahkan lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak beberapa dekad yang lalu.
#Mahathir Mohamad #Noor Hisham Abdullah #Zahid Hamidi #Musa Hitam #Dewan Rakyat #Malaysia Airlines #SOP #vaksin #COVID-19 #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #Perdana Menteri #penerbangan Malaysia #PRU14 #pesawat
;