Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Astro Awani
Februari 21, 2021 00:50 MYT
Februari 21, 2021 00:50 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Februari 2021.
Kumpulan rakyat yang tidak tergolong dalam kumpulan pertama pemberian vaksin COVID-19 diminta untuk terus bersabar dan kekal menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Platform media ketika ini disalah guna sesetengah pihak sebagai medium untuk dijadikan senjata halus bagi menyerang agama Islam, menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tegas beliau, terdapat pihak tertentu yang bertindak melakukan serangan siber terhadap ajaran Islam yang bertujuan menyebarkan fitnah.
Pesakit leukemia tahap empat, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7 tahun, dari Pulau Pinang yang dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) pada bulan lalu meninggal dunia petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, memaklumkan, kanak kanak itu meninggal dunia pada jam 6 petang di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Kepala Batas.
Maestro ternama, Datuk Ramli MS menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai ayah apabila menikahkan anaknya, Nadiah dalam majlis akad nikah yang diadakan sederhana hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi perkara itu.
Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara hari ini berada di tahap 0.90, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.93.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan merasmikan Menara Kuantan 188 yang merupakan mercu baharu Kuantan yang diadakan serentak dengan perasmian Jambatan Putra, iaitu jambatan kedua Tanjung Lumpur di sini.
Tarikh 21 Februari 2021 menjadi hari yang bersejarah buat Malaysia apabila rakyat negara ini menyaksikan ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang mungkin menjadi jawapan kepada ketahanan manusia terhadap pandemik COVID-19.
Sejumlah 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech tiba di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada petang Ahad.
Pesawat Boeing 747 Cargo Cathay Pacific CX-079 yang membawa tiga kotak vaksin itu mendarat sekitar pukul 5.35 petang.
Perkhidmatan bas hidrogen bagi semua laluan di Bandaraya Kuching ditunda buat sementara waktu.
Menurut kenyataan Sarawak Metro dalam kenyataannya menjelaskan, penangguhan sementara perkhidmatan itu adalah bagi memberi laluan proses sanitasi dan saringan COVID-19 kepada semua pemandu bas.
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#pandemik
#COVID-19
#KKM
#Bas hidrogen Sarawak
#vaksin COVID-19
#Pfizer BioNTech
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Bandar Raya Kuantan