Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Nickyson Nyambar
Februari 7, 2021 01:21 MYT
Februari 7, 2021 01:21 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Februari 2021.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tengah malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.
Pusat bandar raya Kuala Lumpur memerlukan kolam tadahan air atau sistem takungan banjir tambahan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku ketika hujan lebat.
Kerajaan bersetuju membenarkan ahli keluarga terdekat dari kediaman lain menyertai acara Makan Besar Keluarga sempena Tahun Baharu Cina pada 11 Februari dengan syarat bilangan mereka tidak melebihi 15 orang.
Petronas telah memperluas usaha yang diperlukan bagi memastikan keselamatan 155 pekerja di pelantar minyak Yetagun, perairan Myanmar yang terkandas sejak Isnin lalu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Jabatan Perhubungan Media, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas pada petang Ahad.
Malaysia merekodkan 3,731 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan itu menjadikan sejumlah 51,241 kes aktif COVID-19 di negara ketika ini.
Syarikat perkhidmatan kurier J&T Express Malaysia Sdn Bhd hari ini memohon maaf atas tindakan beberapa pekerjanya mengendalikan bungkusan pelanggan dengan kasar seperti yang tular di media sosial.
Menerusi satu surat terbuka pada Ahad, syarikat itu menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku kerana sebahagian pekerja tidak berpuas hati dengan sistem pengagihan bonus yang kurang jelas.
Majlis akad nikah dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, berkuat kuasa esok.
Melaka mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu pada 1.17 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kontroversi yang melanda buku "My Story: Justice in the Wilderness" tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang baru dilancarkan, mungkin menjadi daya penarik kepada banyak pihak untuk mendapatkannya di pasaran.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nur Athirah Mohamad Zaini dan Putera Aiman Abdul Rasyid di atas kejayaan mereka tersenarai dalam kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT).
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita dalam negara
#politik
#Pandemik COVID-19
#Petronas
#Pelantar minyak Yetangun
#Myanmar
#Tan Sri Tommy Thomas
#My Story Justice in the Wilderness