Berita palsu: Polis tahan 36 suspek

Astro Awani
Disember 20, 2012 12:56 MYT
Polis menahan 36 orang suspek bagi membantu kes siasatan berhubung pergaduhan dan penyebaran pesanan ringkas SMS provokasi kononnya berlaku rusuhan di Sungai Petani Ahad lepas.
Beberapa lagi suspek mungkin ditahan bersabit siasatan kes sama.
Tegas Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim, berita yang disebarkan menerusi laman sosial, blog atau SMS itu tidak benar dan orang ramai diminta merujuk laman Facebook rasmi PDRM untuk kesahihan maklumat.
Dakwaan itu itu tidak berasas apabila keadaan di daerah itu terkawal dan tiada rusuhan yang berlaku sebagaimana disebar.
Insiden dikatakan bermula 16 Disember lalu melibatkan pergaduhan di mana hasil siasatan dan risikan mendapati insiden tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian.
#polis #suspek #Tahan
;