BERITA PALSU: Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara bukan laporan Astro AWANI

Syafik Shukri Jalil
Jun 4, 2018 13:31 MYT
Laporan yang turut memaparkan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dipercayai mula disebarkan HARI INI.
Satu berita dengan tajuk Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH ditularkan dengan meletakkan logo Astro AWANI sebagai menerbitkan laporan tersebut adalah TIDAK BENAR.
Laporan yang turut memaparkan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dipercayai mula tersebar HARI INI.
Sehubungan itu, Astro AWANI meminta agar orang ramai agar tidak mempercayai sumber yang tidak benar ini.
Segala kandungan berita yang dilaporkan boleh terus dirujuk di laman web utama kami, www.astroawani.com.
#Astro Awani #berita palsu #Lim Guan Eng #palsu #Peguam Negara
;