Berita Muhyiddin setuju sertai Bersih 4 palsu
Bernama
Ogos 29, 2015 11:15 MYT
Ogos 29, 2015 11:15 MYT
Berita kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menyertai perhimpunan Bersih 4 yang tersebar di media sosial adalah palsu.
Menurut bekas setiausaha politik Muhyiddin, Datuk Mohd Nardin Awang, berita berniat jahat tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Muhyiddin tidak pernah menyatakan persetujuannya melalui mana-mana bekas setiausaha politik beliau untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 dan tiada sebarang komunikasi dibuat antara mana-mana bekas setiausaha politik beliau dengan pihak penganjur Bersih 4 seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahan pula, katanya, Muhyiddin kini berada di luar negara.