Berita harga gas petroleum cecair (LPG) naik tidak benar
Bernama
November 4, 2016 17:50 MYT
November 4, 2016 17:50 MYT
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan yang melaporkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7.00 setong mulai tahun depan.
Laporan yang menjadi viral dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna. KPDNKK memberi jaminan bahawa harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini.
Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.