Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Isabelle Leong
Oktober 3, 2020 22:49 MYT
Oktober 3, 2020 22:49 MYT
Pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 3 Oktober 2020.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan dibawa ke Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed pada Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga, seorang pegawai kanan pentadbiran mengesahkan kepada NBC News.
Presiden Donald Trump yang mula menjalani rawatan di Hospital Tentera Walter Reed memuat naik video berkongsi keadaan terkini beliau selepas disahkan positif COVID-19.
Pegawai Khas Presiden Donald Trump tidak memakai pelitup muka ketika mereka mempersiapkan beliau beberapa hari sebelum debat pertama dengan pesaing pemilihan Presiden, Joe Biden, berlangsung.
Calon Presiden Demokrat Joe Biden berkata, ujian saringan COVID-19 yang diambilnya sah negatif, tiga hari selepas sesi debatnya dengan Donald Trump, yang positif virus itu.
Sebelum pandemik koronavirus mencengkam Indonesia, pantai-pantai indah di Pulau Lembongan yang dikelilingi kebiruan Lautan Hindi dipenuhi kumpulan pelancong sedunia yang berbaringan menjemur tubuh.
Ratusan pelajar di Universiti Northumbria, United Kingdom (UK) diarah menjalani kuarantin selepas dikesan positif COVID-19.
Pemilik sebenar 'suara' siri animasi Doraemon, Tomita Kosei meninggal dunia akibat lumpuh.
Singapura merekodkan enam kes positif COVID-19 hari ini, iaitu yang paling rendah sejak awal Mac lepas.
Tatkala seluruh dunia dibadai pandemik COVID-19, Antartika masih kekal sebagai satu-satunya benua yang bebas daripada virus berkenaan.
Kes kematian akibat COVID-19 di India melepasi angka 100,000 pada Sabtu.
#Donald Trump
#Presiden Amerika Syarikat
#pegawai khas
#pelitup muka
#Joe Biden
#Calon Presiden Demokrat
#Bali
#universiti
#UK
#Doraemon
#Tomita Kosei
#Singapura
#Antartika
#India
#COVID-19