Berhenti sebarkan statistik palsu kes COVID-19 di Kuching - Uggah

Syafik Shukri Jalil
Julai 20, 2020 11:29 MYT
Sebelum ini tular gambar yang memaparkan kenaikan jumlah mendadak kes positif COVID-19 pada bunting yang disunting di HUS. FOTO: Facebook / Haslina Bujang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat penularan statistik palsu kes positif COVID-19 di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, bagi mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihaknya kesal dengan sikap suspek yang mempersendakan perkara serius itu.
“Kita sudah mengarahkan PDRM untuk menyiasat dan meneliti perkara ini.
“Perbuatan sebegini bukan sahaja mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga Sarawak tetapi seluruh Malaysia,” katanya semasa sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Isnin.
Sebelum ini tular gambar bunting palsu yang memaparkan kenaikan jumlah mendadak kes positif COVID-19.
#AWANI Sarawak #berita palsu #COVID-19 #Datuk Amar Douglas Uggah Embas #Hospital Umum Sarawak #JPBNS #Kuching #Sarawak #Semak Fakta