Berdepan masalah internet, pengurusan Parlimen bantu media laksana tugas

Harits Asyraf Hasnan
Mac 22, 2017 15:55 MYT
Pihak kejuruteraan Parlimen telah memberi statik protokol internet (IP) bagi memudahkan wakil media yang perlu menghantar visual dengan menggunakan internet yang stabil.
Selepas disekat akses ke lobi Parlimen, para wartawan yang bertugas membuat liputan di Dewan Rakyat turut menghadapi masalah seperti jaringan internet yang perlahan.
Malah, Astro AWANI difahamkan, jaringan internet juga disekat kelajuannya akibat jumlah penggunaan yang tinggi.
Pihak kejuruteraan Parlimen telah memberi statik protokol internet (IP) bagi memudahkan wakil media yang perlu menghantar visual dengan menggunakan internet yang stabil.
Pada masa sama, turut berdepan para wakil media adalah suhu di dalam Pusat Media yang agak panas berbanding tempoh hari.
Pihak pengurusan Parlimen memaklum, berkemungkinan jumlah wakil media yang ramai di dalam pusat media menyebabkan suhu di dalam bilik itu agak tinggi.
Kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan Parlimen melancarkan tugas wakil media hari ini.
Bagaimanapun, media masih berdepan isu sama iaitu untuk mendapatkan respons daripada Menteri dan Ahli Parlimen berkenaan perkembangan isu semasa selepas disekat akses ke lobi Dewan Rakyat.
#Dewan Rakyat #internet perlahan #lobi Parlimen #sekatan akses
;