Berapa penjuru pun Pas perlu bersedia - Pas Kelantan

Bernama
April 9, 2021 18:08 MYT
Che Abdullah berkata, jentera pilihan raya yang digerakkan tidak ada kaitan dengan isu-isu politik yang berlegar. - Gambar fail BERNAMA
KEPALA BATAS: Pas Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun terpaksa menghadapi saingan lebih dari dua penjuru, kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi hari ini.
"Sama ada berapa penjuru sekali pun kita kena sentiasa bersedia (untuk pilihan raya). Kita tidak boleh terperangkap dengan tidak bersedia.
"Saya yakin semua parti politik pun, tanpa mengambil kira apa hubungan dengan siapa dan kerjasama dengan siapa, sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, jentera pilihan raya yang digerakkan tidak ada kaitan dengan isu-isu politik yang berlegar, sebaliknya parti itu akan fokus dalam persediaan menghadapi pilihan raya.
Terdahulu, Che Abdullah merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan di sini. - BERNAMA
#PAS #PRU15 #Kelantan #politik #pilihan raya umum
;