Berani kerana benar, Azam Baki wajar buat kenyataan kepada Parlimen - REFSA

Israr Khalid
Januari 8, 2022 01:17 MYT
Kenyataan kepada khalayak menerusi media tidak cukup untuk membuktikan bahawa dirinya benar-benar tidak bersalah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki wajar memberikan penjelasan kepada Parlimen melalui jawatankuasa pilihan khas berkaitan untuk membersihkan namanya.
Pegawai Penyelidik REFSHA, Fakhrurrazi Rashid berpendapat bahawa kenyataan kepada khalayak menerusi media tidak cukup untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar tidak terlibat dalam sebarang kes salah laku sepertimana yang dituduh.
“Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kita ada jawatankuasa mengenai agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri itu sendiri, dan ia diketuai oleh salah seorang Ahli Parlimen daripada parti yang mengatakan Azam Baki berani menjelaskan sesuatu iaitu Ahli Parlimen Kuala Krai kalau tak silap saya.
“Tan Sri Azam Baki dan SPRM sepatutnya berani untuk berhadapan dengan jawatankuasa ini,” katanya.
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Pada masa sama, tegas Fakhrurrazi, jawatankuasa tersebut tidak boleh hanya menunggu individu terlibat tampil menghadap mereka kerana ini isu yang sudah menjadi masalah kepentingan awam.
Maka ketika ini, beliau mempersoalkan mengapa jawatankuasa yang dianggotai oleh sembilan orang Ahi Parlimen itu masih berdiam dalam isu yang sangat serius ini.
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Azam Baki wajar buat kenyataan di Parlimen - REFSA
Agenda AWANI: Restorasi maruah, SPRM harus bebas
#Azam Baki #SPRM #Parlimen #REFSHA