Berang sisha dirampas, 3 lelaki serang penguat kuasa dengan pedang samurai

Muhafandi Muhamad
Julai 13, 2017 13:46 MYT
Tiga lelaki menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan pedang samurai dan parang, malam tadi. -Gambar hiasan
Tiga lelaki menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan pedang samurai dan parang, malam tadi.
Tindakan mereka dipercayai kerana berang selepas anggota penguat kuasa menyita peralatan menghisap shisha mereka.
Suspek turut merosakkan dua kenderaan MPKB-BRI yang digunakan dalam operasi membanteras penjualan shisha.
Kemarahan mereka berlanjutan ke kediaman Ketua Unit Operasi MPKB-BRI Mohd Halimi Md Salleh yang terletak di berek 12.
Suspek mengugut supaya perniagaan mereka yang menyalahi Seksyen 102 (2) Akta 171 Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Perniagaan tidak diganggu.
#Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam #Mohd Halimi Md Salleh #MPKB-BRI #pbt #pedang samurai #Seksyen 102 2 Akta 171 #sisha
;