Beramal dan bantu komuniti memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO

Ehsan A Marisah
Mei 3, 2021 12:56 MYT
Beramal bersama #SkuadKebaikanMILO agar mereka yang memerlukan dapat menzahirkan tenaga harian sepanjang Ramadan. - Foto MILO
SUBANG JAYA: MILO untuk tahun kedua kembali menggerakkan #SkuadKebaikanMILO bagi mendorong rakyat Malaysia berkongsi kebaikan dengan membantu komuniti yang memerlukan sempena Ramadan.
Kerjasama dengan platform e-dagang Shopee bersama-sama stesen radio Sinar, Era dan Gegar menyemarakkan lagi kempen tersebut di bulan mulia ini.
Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Hefny Sahad berkata, pembelian #parcelkebaikan melalui aplikasi Shopee itu akan disumbangkan kepada tujuh pertubuhan kebajikan termasuk komuniti B40, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di seluruh negara.
“Tujuh pertubuhan yang terlibat ialah Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation, Yayasan Persona dan penghuni di Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 Subang Jaya, Selangor yang terpilih menerusi kerjasama Astro.
“Selain itu, bagi setiap pembelian satu unit produk MILO terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestle di Shopee, RM1 berupa produk Nestle akan disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama,” katanya yang turun padang menyampaikan #parcelkebaikan dan pek sambutan Hari Raya di Pangsapuri Sri Tanjung, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Hefny turut mengagihkan 75 pek sambutan Hari Raya kepada penghuni terpilih di Pangsapuri Sri Tanjung selain menziarahi lima keluarga yang kurang bernasib baik di situ.
Sejak kempen #SkuadKebaikanMILO dilancarkan pada tahun lalu, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
Tradisi turun temurun oleh jenama minuman coklat malt itu merupakan misi dalam menyatukan komuniti terjejas secara dalam talian.
Ayuh semarakkan lagi kempen #SkuadKebaikanMilo agar mereka yang memerlukan memperolehi tenaga harian sepanjang Ramadan.
Kempen masih berlangsung sehingga 10 Mei ini dan orang ramai boleh melayari https://www.milo.com.my/skuadkebaikan-milo untuk maklumat lanjut.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#SkuadKebaikanMILO #milo #Sinar #era #Gegar #Shopee #Nestle #parcel kebaikan #kebajikan #sumbangan #bantuan
;