Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini merasmikan bengkel pemikiran penerima anugerah Nobel pertama Malaysia bagi membangunkan bakat di kalangan rakyat tempatan bagi anugerah itu.
Bengkel lima hari bermula 27 Januari di Pusat PERMATApintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, dikendalikan sepasukan 10 tenaga pengajar yang terdiri daripada saintis antarabangsa terkemuka yang dikumpul New York Academy of Sciences (NYAS), membabitkan 80 pelajar sekolah tinggi dan PERMATApintar, 20 guru sains dan 30 saintis muda dari seluruh negara.
Bengkel ini merupakan satu daripada empat program utama di bawah Program Pemikiran penerima Nobel 2012-2015 untuk mendedah dan melatih pelajar, guru dan saintis muda dalam pemikiran yang sesuai untuk menjadi seorang penerima Anugerah Nobel.
Tiga lagi program itu ialah program Laureate-in-Residence di PERMATApintar UKM, mewujudkan makmal PINTAR bagi kemajuan bersama penyelidikan asas di universiti penyelidikan terpilih di Malaysia dan bagi membangunkan program musim panas New York Academy of Science bagi mengukuhkan set kemahiran dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Program Pemikiran Penerima Anugerah Nobel ini diadakan berikutan satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NYAS semasa mesyuarat Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global (GSIAC) di New York pada Mei tahun lepas, bagi membangunkan bakat penerima anugerah Nobel di bawah platform PERMATApintar.
Dalam ucapannya, Rosmah, yang juga penaung Permata Negara, berkata Malaysia berhasrat melahirkan pemenang Anugerah Nobel bukan sahaja untuk pengiktirafan tetapi lebih jauh daripada itu demi untuk pendidikan kepada golongan muda.
Beliau berkata program ini adalah sebahagian daripada inisiatif cradle to career (daripada buaian ke karier) bagi membangunkan modal insan berinovasi melalui pendidikan terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Kita mengambil pendekatan baharu bagi memupuk bakat unik di kalangan rakyat tempatan untuk menerajui hasrat melahirkan pemenang Anugerah Nobel. Persediaan kita termasuk mendedahkan dan melatih pelajar-pelajar dan saintis muda kita dalam pemikiran yang sesuai untuk menjadi pemenang Anugerah Nobel.
"Saya percaya keempat-empat program yang akan dijalankan akan membantu membangunkan ekosistem bagi inovasi untuk berkembang. Apa yang tinggal sekarang adalah bagi anda sebagai pelajar berbakat dan saintis muda cemerlang untuk merebut peluang bagi mengoptimumkan potensi anda dan mencapai kemuncak kejayaan yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini.
"Anda mempunyai sifat untuk menjadi hebat dan Insya-Allah, pemenang Anugerah Nobel masa depan kita," katanya.
Rosmah berharap inisiatif bagi membangunkan laluan bagi anugerah itu bukan sahaja memanfaatkan negara tetapi juga warganegara dunia.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Usaha Malaysia lahirkan pemenang Anugerah Nobel akan diperhebat - MOSTI
Program itu merupakan harapan dan sasaran MOSTI dalam melahirkan saintis muda negara berpengalaman dan sebaris dengan saintis luar negara.
'Berangkatlah Malala', penerima Hadiah Nobel pulang ke Britain hari ini
Empat hari berada di tanah kelahiran mungkin belum cukup untuk mengubati kerinduan, namun pemenang anugerah nobel, Malala Yousafzai terpaksa meninggalkan lambaian terakhirnya dan kembali ke Britain.
Individu nyahaktif akaun Twitter Trump dicadang jadi calon Hadiah Nobel Keamanan
Menurut netizen, tanpa Trump di Twitter, laman sosial itu akan menjadi lebih 'aman'.