Bengkel kereta terbakar memusnahkan dua kereta mewah

Astro Awani
April 30, 2015 12:08 MYT
Pancuran buih terpaksa digunakan pihak Bomba membendung api yang marak. - Foto Astro AWANI
Dua buah kereta mewah musnah terbakar apabila sebuah bengkel kereta yang terletak di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini terbakar lewat malam Rabu.
Ketika kejadian, beberapa pekerja bengkel terbabit sibuk mengecat kereta-kereta terbabit. Kereta jenis Honda CRV dan BMW itu bagaimanapun gagal diselamatkan apabila api marak dengan cepat.
Empat jentera bomba dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bersama 28 anggota dari balai bomba Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa.
Pancuran buih terpaksa digunakan pihak Bomba bagi membendung api yang marak. Bagaimanapun api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.
Pihak forensik sedang menyiasat punca sebenar kejadian.
#BMW #bomba #CRV #Honda #Kampung Baru #kebakaran #penyelamat
;