Kedatangan warga asing mencari rezeki di negara ini sudah bermula sejak ratusan tahun lalu.
Mereka turut menjadi sebahagian daripada penyumbang ekonomi negara dalam beberapa sektor antaranya pembuatan, perkhidmatan dan perladangan.
Namun dalam tidak sedar, mereka juga jadi menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah di negara ini.
Kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini berada pada tahap yang sangat serius bila dianggarkan 6.7 juta warga asing mencari rezeki di negara ini dalam pelbagai sektor.
Anggaran itu dinyatakan Kementerian Sumber Manusia dengan hanya 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit, manakala selebihnya memasuki negara secara haram.
Kebanjiran warga asing di Malaysia menjadi antara penyumbang kepada kadar jenayah.
Sehingga September tahun ini saja, 14,413 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di negara ini.
Antaranya membabitkan kesalahan dadah, komersial dan keganasan.
Jenayah membabitkan kekerasan pula meningkat kepada 1,780 kes berbanding tahun sebelumnya.
Namun lebih membimbangkan, ada warga asing yang dilaporkan membentuk komuniti dan hanya bergaul sesama sendiri.
Ada yang terbawa-bawa dengan penggeseran di kampung halaman mereka hingga dibawa ke negara ini.
Justeru pihak berkuasa perlu bertindak tegas sebagai mesej jelas Malaysia bukan medan balas dendam atau tunjuk taring.
Kegagalan membendung penggeseran antara warga asing ini dibimbangi boleh menjejaskan keharmonian di negara ini memandangkan warga asing juga hidup bermasyarakat dengan rakyat tempatan.
Hakim Rahman
Sat Dec 13 2014
Kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini berada pada tahap yang serius bila dianggarkan 6.7 juta warga asing mencari rezeki di negara ini. -Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pentagon tidak setuju ancaman Trump untuk serang tapak kebudayaan Iran
Selepas ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran jika negara membalas dendam atas kematian Komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.