Bendahari Agung Bersatu ditahan SPRM
Astro Awani
Mac 2, 2023 16:11 MYT
Mac 2, 2023 16:11 MYT
KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Salleh Bajuri ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.
Menurut sumber, Mohamed Salleh ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan.
Tambah sumber itu lagi, pemimpin parti itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan.
“Beliau ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan kes.
"Bagaimanapun kita menjangkakan tempoh reman terhadapnya yang tamat hari ini akan disambung, tetapi bergantung kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.
Sementara itu, Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.