Bencana Gempa: Majlis Islam Sarawak sumbang kutipan Jumaat di seluruh masjid untuk Turkiye dan Syria

Azizah Alwi
Februari 12, 2023 15:26 MYT
Yang Dipertua MIS, Datu Misnu Taha memaklumkan semua Lembaga Amanah Kebajikan dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Jumaat seluruh Sarawak dikehendaki melaksanakan kutipan berkenaan. - Astro AWANI
KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan menyumbangkan hasil kutipan Jumaat (Sadaq Jumaat) di setiap masjid di seluruh negeri Sarawak kepada Tabung Gempa Bumi Turkiye dan Syria.
Sumbangan boleh diberi melalui kutipan pada pada 10 dan 17 Februari ini di masjid dan surau Jumaat seluruh negeri.
Yang Dipertua MIS, Datu Misnu Taha berkata semua Lembaga Amanah Kebajikan dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Berjumaat seluruh Sarawak juga dikehendaki melaksanakan kutipan berkenaan.
“Sekarang seluruh dunia berdukacita dengan bencana alam gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria, kita di Sarawak tidak ketinggalan untuk membantu mereka.
“Majlis Islam telah membuat keputusan bahawa semua kutipan Jumaat (Sadaq Jumaat) pada minggu lalu, 10 Februari dan Jumaat depan (17 Februari) akan diserahkan sebagai sumbang orang Islam untuk Tabung Gempa Bumi Turki dan Syria,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis khatam al-quran di Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Kuching pada Ahad.
Selain itu sumbangan secara peribadi oleh mana-mana individu juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad Tabung Baitulmal Sarawak bernombor 11013010000250 dengan mengisi ruang rujukan dengan perkataan“Turkiye Syria
#gempa bumi #Turkiye #Syria #Majlis Islam Sarawak
;