Benarkan kedai gunting rambut dibuka? Ini tumpuan sidang media Ismail Sabri
Fauzi Suhaimi
Januari 26, 2021 19:18 MYT
Januari 26, 2021 19:18 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk membuka beberapa sektor ekonomi termasuk operasi kedai gunting rambut, kedai cuci kenderaan dan aktiviti pasar malam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun keputusan itu akan dibuat berdasarkan pertimbangan semua pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Ismail Sabri pada Selasa:
1- Kerajaaan pertimbang untuk membenarkan operasi kedai gunting rambut, aktiviti pasar malam, kedai cuci kenderaan dan beberapa sektor lain.
2- Kerajaan memutuskan sambutan Thaipusam secara besar-besaran pada tahun ini tidak dibenarkan.
3- Pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ) diberi dikelonggaran melakukan perjalanan rentas negeri bermula esok.
4- Seramai 482 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
5- Op Benteng berjaya menahan tiga PATI dan merampas empat buah kenderaan darat.
#ismail sabri yaakob
#Thaipusam
#SOP
#KKM
#keselamatan
#Majlis Keselamatan Negara
#rentas negeri
#operasi
#PKP