Belum sesuai untuk ambil keterangan Adib - Polis

Fareez Azman
Disember 10, 2018 12:08 MYT
Polis hanya akan mengambil keterangan Muhammad Adib selepas keadaannya kembali pulih. -Facebook @Nurul Najihah
Polis hanya akan mengambil keterangan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman selepas keadaannya kembali pulih.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata meskipun keadaan Muhammad Adib menunjukkan perkembangan positif, tetapi belum sesuai untuk polis mengambil keterangan terhadapnya.
“Dia belum pulih walaupun banyak improvement. Keadaan tidak stabil. Apabila dia sihat kita akan ambil statement. We will sent the paper to DPP,” kata Mohamad Fuzi.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
#Ketua Polis Negara #kuil sri maha mariamman #Mohamad Fuzi Harun #Muhammad Adib Mohd Kassim #rusuhan kuil
;