Belum ada individu dipanggil kes video, mesej lucah babit pendakwah
Sinar Harian
September 25, 2021 13:48 MYT
September 25, 2021 13:48 MYT
KUALA LUMPUR: Polis masih menjalankan siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan seorang pendakwah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini belum ada individu dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan belum ada individu dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan pihak polis sudah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan).
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Belum ada individu dipanggil kes video, mesej lucah babit pendakwah