Bella hadir sokong Syed Saddiq di mahkamah
Sinar Harian
Mac 19, 2025 09:25 MYT
Mac 19, 2025 09:25 MYT
Bella Astillah hadir ke Mahkamah Rayuan bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, mencuri perhatian ramai apabila selebriti itu dilihat berada di samping Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.
"Saya terhutang budi dengannya," kata ahli politik itu ketika sidang media.
Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.
Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Sinar Harian