Belia di negara ini perlu mentaliti kelas pertama - Reezal Merican

Israr Khalid, Hafiz Marzukhi
Februari 14, 2016 02:37 MYT
Reezal Merican berkata untuk mencapai hasrat tersebut, pengamalan terbaik dalam segala hal perlu dilakukan dalam kalangan rakyat. -Gambar Astro AWANI
Belia di negara ini perlu punyai mentaliti kelas pertama bagi memacu negara mencapai status negara maju.
Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata untuk mencapai hasrat tersebut, pengamalan terbaik dalam segala hal perlu dilakukan dalam kalangan rakyat.
"Kita kena pastikan diri kita yang terbaik dalam semua hal. Penting untuk meletakkan sasaran yang tinggi supaya sekurang-kurangnya, walaupun kita bukan yang terbaik, tetapi boleh menjadi antara yang terbaik," kata Reezal Merican.
Beliau berkata demikian dalam ucap tama di Persidangan Kepimpinan dan Aspirasi Nasional (NALS 2016) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.
Lebih 2,000 peserta daripada kalangan pelajar dalam dan luar negara menghadiri acara tahunan tersebut.
#Kaum belia #mentaliti kelas pertama #NASL2016 #Persidangan Kepimpinan dan Aspirasi Nasional #Reezal Merican #status negara maju