Beli-belah guna Ringgit Malaysia di aplikasi Amazon

Reuters
April 19, 2018 11:45 MYT
Amazon melancarkan ciri terbaharu untuk beli-belah pelbagai pilihan produk dan dihantar ke seluruh dunia. Foto - Reuters.
SYARIKAT Amazon (Amazon.com Inc.) telah melancarkan satu ciri terbaharu dalam aplikasi syarikat itu untuk pengguna membeli-belah sebanyak 45 juta barangan, pada Selasa.
Menerusi aplikasi itu semua barangan yang dibeli boleh dihantar melalui pos ke seluruh negara dari Amerika Syarikat dengan menggunakan 25 mata wang asing termasuk Ringgit Malaysia (RM).
Ciri tersebut dikenali sebagai international shopping feature itu tersedia dalam aplikasi peranti mudah alih Android dan iOS.
Pelancaran aplikasi ciri terbaharu itu juga bertujuan untuk meluaskan lagi kaedah pengguna bagi membeli produk dari luar pasaran tempatan mereka melalui aplikasi dalam peranti mudah alih.
Selain itu Amazon dijangka menambah baik ciri dengan lebih banyak bahasa dan mata wang pada masa akan datang.
Ciri tersebut juga membolehkan pelanggan memilih kaedah dan masa penghantaran serta memaparkan harga, kos dan anggaran duti import.
Amazon juga akan menguruskan perkhidmatan kurier dan pelepasan kastam sekiranya berlaku sebarang kemungkinan sewaktu melakukan transaksi pembelian atau penghantaran.
#Amazon #Amerika Syarikat #aplikasi #app #beli-belah #Ringgit Malaysia
;