Belasungkawa Sabbaruddin Chik: 'Allahyarham rakan yang baik, sosok hebat' - Kadir Jasin
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 5, 2021 10:10 MYT
Disember 5, 2021 10:10 MYT
KUALA LUMPUR: Pemergian Tan Sri Sabbaruddin Chik pada Sabtu meninggalkan impak yang sangat besar kepada negara.
Khidmat bakti bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu amat dirasai terutamanya dalam kalangan rakan seperjuangan dan kenalan politik.
Rata-rata mereka menzahirkan penghargaan atas jasa beliau dalam membangunkan negara.
Bagi Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya kehilangan besar buat negara.
"Seorang yang hebat. Rakan yang baik. Pegawai kerajaan yang taat.
"Perunding perniagaan yang terkenal, dan ahli politik yang merendah diri.
"Perginya seorang lagi 'orang lama' Malaysia," katanya dalam perkongsian ringkas kepada Astro AWANI.
Allahyarham Sabbaruddin menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi setelah seminggu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Takziah | Sabbaruddin Chik meninggal dunia