Belasah isteri kerana disuruh hantar anak ke sekolah
Astro Awani
Februari 7, 2019 19:43 MYT
Februari 7, 2019 19:43 MYT
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan kepada seorang peniaga atas pertuduhan memukul dan mengugut bunuh isterinya.
Difahamkan, kejadian berpunca hanya disebabkan isterinya menyuruh tertuduh untuk menghantar anak mereka sekolah.
Tertuduh, Mohd Shahril Md Ross, 38 tahun, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shahril bertindak menampar dan menumbuk isterinya yang juga berusia 38 tahun, di kepala dan muka serta ditendang di belakang badan sehingga mendatangkan kecederaan.
Tertuduh turut mengugut membunuh mangsa dengan sebilah pisau.
Perbuatan itu dilakukan di rumah pasangan tersebut di Gong Badak, Kuala Nerus pada 8 Feb tahun lalu.
Mohd Shahril didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.
#belasah isteri
#dera
#dera isteri
#Kuala Terengganu
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mangsa
#Mohd Shahril Md Ross
#penjara
#sekolah