Ringkasan AI
- RM421 bilion diperuntukkan, merangkumi 20.1% daripada KDNK, dengan RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
- Dijangka meningkat 5.5% kepada RM339.7 bilion, seiring dengan prospek ekonomi yang lebih baik pada 2025.
- Defisit fiskal diunjur pada 3.8%, manakala inflasi di antara 2% hingga 3.5%.
Beliau berkata, jumlah tersebut merangkumi sekitar 20.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dengan RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Perdana Menteri berkata, hasil Kerajaan Persekutuan dianggar meningkat 5.5 peratus kepada RM339.7 bilion seiring dengan prospek ekonomi 2025 yang dijangka lebih baik, dengan defisit fiskal diunjur pada 3.8 peratus, manakala inflasi di antara dua peratus hingga 3.5 peratus.