Belanjawan 2025: Kerajaan laksana polisi radikal, transformasi ekonomi untuk manfaat pekerja - Pakar

Madiha Abdullah
Oktober 18, 2024 16:00 MYT
Polisi-polisi kecil menampakkan bahawa kerajaan sedang melaksanakan polisi radikal dan transformasi ekonomi yang diyakini akan memberi pulangan. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari bahawa limpahan ekonomi kepada pekerja, terutama dari segi gaji dan pendapatan boleh dirasai dengan cara menaikkan produktiviti negara.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Malaysia menyedari bahawa peningkatan produktiviti adalah kunci untuk memastikan limpahan ekonomi dirasai oleh pekerja, terutama dari segi gaji dan pendapatan.
  • Dasar seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), dan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) disasarkan untuk memberi manfaat kepada golongan pekerja.
  • Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Securities Sdn Bhd, Dr Rosnani Rasul, menyatakan bahawa kadar pengangguran pada bulan Ogos menurun kepada 3.2 peratus.
  • Beliau optimis bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan memberikan limpahan besar kepada pekerja. Malaysia berada di persimpangan kritikal untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, dan rakyat perlu memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr Rosnani Rasul berkata, produktiviti yang terhasil daripada dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), jelas disasarkan untuk memberi pulangan kepada golongan pekerja.
"Saya tertarik untuk melihat pada tahap pengangguran pada bulan Ogos yang menurun kepada 3.2 peratus. Jumlah itu adalah full employment dan kita jangka tahun depan akan lebih baik.
"Jadi, kita jangka ekonomi Malaysia akan terus segar dan malar. Limpahan besar akan dirasai pekerja.
"Kita boleh lihat kerajaan sedang memacukan sektor-sektor baharu seperti kecerdasan buatan dan pusat data," katanya ketika muncul dalam program khas Belanjawan 2025: Malaysia Madani, pada Jumaat.
Jelasnya lagi, biarpun tidak diletakkan dalam satu rangka polisi besar, tetapi polisi-polisi kecil dilihat menampakkan bahawa kerajaan sedang melaksanakan polisi radikal dan transformasi ekonomi yang diyakini akan memberi pulangan.
Tambahnya, Malaysia berada di satu persimpangan yang kritikal untuk melepasi tahap negara berpendapatan tinggi, justeru rakyat perlu memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan perubahan.
#Belanjawan 2025 #transformasi ekonomi #Rosnani Rasul #limpahan ekonomi
;