Belanjawan 2024: Majikan swasta disaran kaji kesesuaian saraan serta ganjaran pekerja - PM
Bernama
Oktober 13, 2023 20:11 MYT
Oktober 13, 2023 20:11 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyarankan majikan swasta di negara ini untuk turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus pada tahun hadapan.
"Saya menyeru pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA