Belanjawan 2023, saya sedang menyediakannya - PM Anwar

Bernama
Februari 22, 2023 20:45 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih dalam proses menyediakan Belanjawan 2023, yang dijadual akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih dalam proses menyediakan Belanjawan 2023, yang dijadual akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.
"Saya nak balik ke pejabat (sekarang), saya sedang mengusahakannya (belanjawan)," katanya Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan secara ringkas kepada pemberita, semasa ditanya mengenai persiapan menjelang pembentangan belanjawan.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, dan pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi negara, di samping menarik pelaburan.
Menurutnya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu, termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023. - BERNAMA
#Belanjawan 2023 #PM Anwar Ibrahim #Menteri Kewangan #Parlimen
;