Belanjawan 2021: Rakyat lebih tumpu tokoh politik, kelebihan pada kerajaan PN
Rahimah Abdullah
Disember 20, 2020 14:27 MYT
Disember 20, 2020 14:27 MYT
KUALA LUMPUR: Data raya yang didedahkan Malaysia Indicator menunjukkan carian dan tumpuan rakyat lebih beralih kepada tokoh politik berbanding isu dibawa kementerian dalam Belanjawan 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif EBDesk, Sasongko Yudho berkata, keadaan itu ada kelebihan dan kelemahannya terutama kepada kerajaan Perikatan Nasional.
Antara kebaikan untuk PN ialah, kerajaan tidak terlalu bimbang dengan pertikaian mengenai peruntukan apabila tumpuan lebih diberikan kepada isu politik.
"Itu sebab kalau tengok pada data raya kami, kami selalu tengok pada pempengaruh dan bukan populariti. Pempengaruh adalah apabila orang capture di media.
"Kita tengok Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pempengaruh teratas sehingga 15 Disember kerana kalau kita tengok pada sebelumnya, kebanyakan top influencer adalah kementerian.
"Jadi, isu-isu dari 10 hingga 12 Disember, isu kementerian. Namun 13 hingga 15 Disember, boleh nampak konsentrasi adalah ke arah politik, bukan lagi kementerian," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype hari ini.
Justeru katanya, isu-isu masyarakat seperti Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang sebelum itu kerap dibangkitkan mula tenggelam kerana isu politik yang disifatkan dinamik.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan isu masyarakat ini kembali dibincangkan pada Januari, bergantung kepada isu politik.
"Dalam Januari nanti mungkin orang akan memperkatakan mengenai i-Sinar KWSP. Mungkin isu kementerian akan naik balik.
"Isu politik mungkin akan berterusan, atau begitu sahaja, kerana isu politik ini dinamik," ujarnya.
#Belanjawan 2021
#isu politik
#Masyarakat
#data raya
#Malaysia Indicator
#Sasongko Yudho
#Perikatan Nasional
#tokoh politik
#kementerian
#pempengaruh
#top influencer