Belanjawan 2021: Petugas barisan hadapan KKM terima RM500 secara one-off

Fareez Azman
November 6, 2020 17:25 MYT
Pemberian RM500 secara one-off dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima pemberian tambahan secara one-off sebanyak RM500.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa anggota petugas barisan hadapan KKM.
Pemberian RM500 itu, kata beliau, dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.
"Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini.
"Sejak Mac lalu, kerajaan telah memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi," kata Tegku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
#Dewan Rakyat #Kementerian Kesihatan #KKM #petugas barisan hadapan #Penghargaan kerajaan #Pemberian One-off #RM500
;