Belanjawan 2021: Pamer keupayaan PN urus negara ketika waktu sukar

Fauzi Suhaimi
November 5, 2020 10:57 MYT
Annuar berkata, sudah tentu belanjawan itu bukan sahaja bersifat inklusif, malah lebih besar dan komprehensif. -Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen esok bakal mempamerkan tahap keupayaan tinggi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengurus negara khususnya di saat sukar ketika ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata sudah tentu belanjawan itu bukan sahaja bersifat inklusif, malah lebih besar dan komprehensif.
Sehubungan itu, beliau yakin belanjawan prihatin itu akan disokong oleh semua wakil rakyat.
"Esok Kerajaan PN akan bentangkan belanjawan yang pertama (dan) belanjawan ini akan bersifat inklusif.
"(Belanjawan) lebih besar dan lebih komprehensif ini mempamer tahap keupayaan tinggi kerajaan PN mengurus negara di saat paling sukar ini.

Esok Kerajaan PN akan bentangkan bajetnya yang pertama.Bajet yg inklusif,yg lebih besar,lebih komprehensif ini mempamer tahap keupayaan tinggi karajaan PN mengurus negara di saat paling sukar ini.Kita yakin bajet yg prihatin ini di sokong oleh semua,insyallah

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita yakin belanjawan yang prihatin ini disokong oleh semua, Insya-Allah," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Khamis.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu berkata, belanjawan yang akan dibentang esok bersifat mengembang bagi memastikan kemakmuran rakyat, kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi dalam waktu yang mencabar ini, kata perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA SEMUA BERHUBUNG BELANJAWAN 2021
Fokus pertama kerajaan dalam Belanjawan 2021 ialah memerangi COVID-19, daripada perspektif kesihatan dan sehubungan itu, sejumlah besar dana akan disalurkan untuk tujuan menangani pandemik dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada petugas barisan hadapan terutamanya dalam bentuk infrastruktur.
#Muhyiddin Yassin #Annuar Musa #Tan Sri Annuar Musa #Perdana Menteri #COVID-19 #pandemik #ekonomi #Belanjawan 2021 #Parlimen #Dewan Rakyat
;