Belanjawan 2021: Kerajaan perlu ambil kira pandangan PH, blok pembangkang - Dr Boon Chye
Fareez Azman
November 1, 2020 16:36 MYT
November 1, 2020 16:36 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil kira pandangan Pakatan Harapan (PH) dan blok pembangkang dalam Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, rundingan secara bipartisan perlu dijalankan bagi memastikan Belanjawan 2021 menepati fokus membantu rakyat dan ekonomi negara ini.
"Saya harap ada rundingan dua pihak dari segi kerajaan dan blok pembangkang supaya kita setuju.
"Supaya ada bipartisan dalam Belanjawan 2021 ini. Ini penting kerana kita tidak mahu bajet itu gagal dan rakyat menderita dan kita juga mahu pandangan PH dan blok pembangkang diambil kira apabila kemukakan belanjawan 2021," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Sebelum ini, Majlis Presiden PH memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar semua Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan 2021 akan di bentang dalam Sidang Dewan Rakyat pada 6 November ini.
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Astro Awani
#Perdana Menteri
#Belanjawan 2021
#Bajet 2021
#blok pembangkang