Belanjawan 2020 Sabah ambil kira pembangunan dan rakyat

Ruzaini Zulkepli
November 15, 2019 20:53 MYT
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2020 bernilai RM4.143 bilion.
Dengan tema merancakkan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, Belanjawan 2020 yang dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu membuktikan kedudukan kewangan Sabah yang kukuh walaupun menyaksikan penurunan 1.71 peratus berbanding tahun lalu.
Malah, kedudukan kewangan itu didorong royalti petroleum RM1.7 bilion atau 40 peratus yang dijangka menjadi penyumbang utama hasil daripada keseluruhan belanjawan.
"Seperti mana yang telah dimaklumkan, kerajaan negeri mengganggarkan kutipan hasil berjumlah RM4,192 juta pada tahun 2020. Anggaran ini melibatkan penurunan sebanyak RM72.6 juta atau 1.71 peratus berbanding anggaran asal pada tahun 2019 berjumlah RM4.265 juta," katanya pada Persidangan DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah di sini.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, Belanjawan 2020 negeri itu mensasarkan lima fokus utama.
Antaranya meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian kerajaan negeri; menangani ketidakseimbangan sosio ekonomi dan meningkatkan tarak hidup rakyat secara inklusif.
#Belanjawan 2020 Sabah #kebajikan rakyat #Menteri Kewangan Sabah #Mohd Shafie Apdal #pembangunan #rakyat #Royalti petroleum #Sabah #Shafie Apdal
;