Belanjawan 2020: Projek bernilai RM1.3 bilion khusus untuk kontraktor Bumiputera

Bernama
Oktober 11, 2019 18:58 MYT
Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion diperuntukan khusus untuk kontraktor Bumiputera dalam pembentangan Belanjawan 2020. - Gambar hiasan
Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion akan dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera sedia ada dan baharu berdaftar, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, kerajaan telah membuka semula pendaftaran bagi Kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1) mulai 1 September 2019 dan telah menerima 946 permohonan pada akhir September.
"Kerajaan sedang menambah peluang kepada lebih ramai kontraktor Bumiputera untuk menyertai perolehan kerajaan," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA
#Belanjawan 2020 #kontraktor Bumiputera #senangkanyangsusah
;