Belanjawan 2020: Pembangkang pilih 'putih'

Hilmi Malik
Oktober 11, 2019 15:46 MYT
Ahli Parlimen blok pembangkang mengadakan sidang media di lobi Parlimen pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Blok pembangkang hari ini memilih untuk memakai pakaian serba putih bagi menyaksikan pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara berseloroh berkata, perkara itu adalah satu kebetulan.
“UMNO pakai baju Melayu putih, PAS pakai jubah putih. Jadi kita sama-sama. Tiada masalah.
“Ini coincidence (secara kebetulan),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beberapa ahli Parlimen blok pembangkang turut memberi pelbagai reaksi.
“Kita putih, bersatu hati antara UMNO dan PAS,” kata Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Putih).
“Tak ada soalan lain ke?” sindir Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pula.
#Belanjawan2020 #Menteri Kewangan #pembangkang #senangkanyangsusah
;