Kemudahan perubatan kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata untuk tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun sebagai mengiktiraf peranan serta sumbangan mereka.
"Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 Nov ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Semasa membentangkan belanjawan bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera", Lim berkata kerajaan juga meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tujuh hari kepada pegawai beragama Islam yang ingin menunaikan ibadah umrah sepanjang tempoh perkhidmatan.
Bagi 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam pula, Lim berkata kemudahan cuti tanpa rekod dipanjangkan untuk tujuan keagamaan golongan tersebut.
Dalam pada itu, Lim berkata terdapat sembilan fokus yang dicadangkan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 sebagai usaha meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran tenaga kerja selain mengatasi isu pengangguran terutama dalam kalangan belia.
Justeru, katanya kerajaan akan melaksanakan dua program di bawah dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) iaitu Perantisan dan Program Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (Generate) untuk dimanfaatkan 4,000 belia lepasan sekolah serta graduan melibatkan peruntukan RM20 juta.
Menurutnya, bagi menggalakkan peluang pekerjaan golongan berusia 60 tahun dan ke atas, caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi majikan akan dikurangkan daripada 6 peratus kepada 4 peratus bermula 1 Jan depan.
"Golongan tersebut (60 tahun dan ke atas) tidak perlu mencarum dan oleh yang demikian, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat. Potongan cukai tambahan akan diberi kepada majikan ke aats perbelanjaan penggajian golongan itu dengan had saraan sebanyak RM4,000 sebulan," katanya.
Berhubung kebajikan pesara kerajaan, Lim berkata kerajaan akan memberi bantuan RM500 secara 'one-off' atau sekali sahaja kepada mereka yang layak, manakala kenaikan gaji minimum RM1,100 akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Jan 2019.
Sementara itu, katanya potongan cukai tambahan akan diberi kepada syarikat yang menggaji bekas banduan dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,000 sebulan.
Katanya, langkah tersebut yang diterima daripada portal Belanjawan 2019 itu diambil kira dalam memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus perdana serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Lim juga berkata bagi memperkasakan pasaran buruh, undang-undang buruh akan dikaji semula selain menubuhkan Mahkamah Rayuan Perusahaan yang bertujuan mempercepatkan penyelesaian pertikaian antara majikan dan pekerja.
Katanya bagi mengurangkan jurang pendapatan, kerajaan akan melaksanakan peraturan kepada syarikat tersenarai agar mereka memaparkan maklumat di dalam laporan tahunan mengenai nisbah gaji tertinggi, gaji median serta nisbah bayaran gaji tertinggi dan terendah.
"Selain itu, syarikat juga hendaklah menyatakan rancangan penambahbaikan mengenai kaedah purata gaji pekerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018

Kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 Nov ini. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.

Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.

Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.

Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.

Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.

RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.

Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.

Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.