Belalai air muncul di Melaka
Astro Awani
Julai 6, 2022 20:22 MYT
Julai 6, 2022 20:22 MYT
KUALA LUMPUR: Penduduk yang mendiami kawasan Pantai Siring, Melaka gempar setelah melihat kemunculan fenomena belalai air siang tadi.
Dalam salah satu video yang tular di laman sosial jelas menunjukkan fenomena alam itu berlaku di kawasan pantai, dipercayai melalui Pulau Besar.
Video berdurasi 1.09 minit itu dipercayai dimuat naik penduduk dan peniaga yang berada di kawasan sekitar.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan fenomena berkenaan.
Ini bukan pertama kali kejadian seumpama pernah berlaku.
Malah, terdahulu pada Mei, fenomena sama pernah berlaku di Pengerang, Kota Tinggi serta Lawas, Sarawak.