Belacan, terompah dipatenkan?
Bernama
Jun 11, 2013 22:00 MYT
Jun 11, 2013 22:00 MYT
Belacan dan terompah perlu dipatenkan kerana mempunyai nilai tinggi untuk dilindungi sebagai warisan kebangsaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.
Di samping itu, katanya, kebaya Baba dan Nyonya juga mempunyai potensi untuk dipatenkan sebagai warisan negara.
Sebelum ini, beca telah didaftar untuk dipatenkan sebagai warisan negeri Melaka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'IP Mobile II' di Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) di sini hari ini.
'IP Mobile II' merupakan kempen kenderaan bergerak edisi kedua dilengkapi internet, maklumat dan pameran harta intelek bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan perlindungan harta intelek.