Beku akaun parti: Siasatan SPRM telus, profesional - Azam Baki

Astro Awani
Februari 14, 2023 19:50 MYT
Azam memberi jaminan segala siasatan akan dijalankan 'without fear or favour' (tanpa sebarang ketakutan atau menyebelahi mana-mana pihak). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan isu siasatan ke atas sebuah akaun parti giat dijalankan dengan telus dan profesional tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan sedang dijalankan dan beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi kenyataan.
"Saya berharap umum akan memberikan ruang untuk SPRM membuat siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini," kata Azam, dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau memberi jaminan segala siasatan akan dijalankan without fear or favour (tanpa sebarang ketakutan atau menyebelahi mana-mana pihak).
#Azam Baki #SPRM #beku akaun parti #Rasuah
;