Bekas Yang Dipertua Dewan Negara G.Vadiveloo meninggal dunia

Bernama
Oktober 19, 2024 18:15 MYT
Vadivello, 92, meninggal dunia dipercayai akibat sakit tua. -Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri G. Vadiveloo meninggal dunia pada 11.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Ringkasan AI
  • Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri G. Vadiveloo, meninggal dunia pada usia 92 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat sakit tua.
  • Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan pemergian Vadiveloo sebagai kehilangan besar kepada parti dan negara.
  • Upacara sembahyang mengikut agama Hindu akan diadakan esok di kediamannya sebelum jasad dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
  • Vadiveloo berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dari 13 April 1992 hingga 12 Jun 1995.

Vadivello, 92, meninggal dunia dipercayai akibat sakit tua.
Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah yang mengesahkan berita tersebut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, sambil menyifatkan pemergian bekas Setiausaha Agung MIC itu sebagai kehilangan besar kepada parti dan negara.
"Mendiang Vadiveloo yang juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MIC adalah seorang pemimpin berdedikasi.
"Pemergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada MIC, malah kepada negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pengebumian akan berlangsung esok, dengan upacara sembahyang mengikut agama Hindu dijadualkan dari tengah hari hingga 2 petang di kediamannya di Jalan Bukit Desa 3, Lorong Seputeh, di sini, sebelum jasad mendiang dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Vadiveloo berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dari 13 April 1992 hingga 12 Jun 1995.
-- BERNAMA
#G Vadiveloo #bekas Yang Dipertua Dewan Negara #bekas Setiausaha Agung MIC #sakit tua
;