Bekas vokalis kumpulan pop rock ditahan kerana dadah

Astro Awani
Mac 27, 2015 19:54 MYT
Bekas vokalis kumpulan pop rock ditahan kerana dadah - Gambar fail
Bekas vokalis kumpulan pop rock terkenal ditahan di Jalan Jelatek di sini kerana disyaki positif syabu.
Penyanyi berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah hotel kira-kira pukul 9 malam, Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata, saringan awal ujian air kencing terhadap penyanyi berkenaan didapati positif dadah jenis amphetamine.
Difahamkan, ketika kejadian dua wanita turut bersama penyanyi itu. Penyanyi itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek baru-baru ini pernah memenangi tempat ketiga dalam satu program realiti.
#Dadah #polis #Syabu #vokalis
;