Bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang hilang ditemui dalam keadaan baik

T K Letchumy Tamboo
September 27, 2015 15:55 MYT
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku di sini hari ini, telah ditemui pada pukul 7.45 malam tadi.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku hari ini, telah ditemui jam 7.45 malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul ACP Munusamy Ragasamy yang memberitahu Astro AWANI bahawa beliau telah dijumpai dalam keadaan yang baik di sebuah kompleks kondominium di Jalan Sultan Ismail.
Sebelum ini, kehilangan Abdullah Fadzil yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu dimaklumkan oleh anaknya, Zadey Che Wan, melalui laman Facebooknya.
"Ayah saya Abdullah Fadzil Che Wan, yang berumur 70 tahun, dengan ketinggian 160cm dan 65 kg, telah hilang di Bukit Tunku hari ini.
"Beliau menghidapi Demensia. Jika anda tahu lokasinya, sila hubungi 0123359001 / 0163085773 / 0123013773 / 0193860085. Terima Kasih," kata kenyataan di Facebook itu.
Turit disertakan alam kenyataan itu adalah sekeping gambar dengan butiran pakaian terakhir yang dipakainya, iaitu kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.
Demensia merupakan gejala kemerosotan fungsi kognitif berkaitan daya ingatan.
#Datuk Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan #ditemui #hilang