Bekas Timbalan Menteri Pertahanan dilaporkan hilang

T K Letchumy Tamboo
September 27, 2015 15:32 MYT
Kehilangan Abdullah Fadzil (gambar) yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu disahkan oleh anaknya, Zadey Che Wan, melalui laman Facebooknya. - Foto Facebook/Zadey Che Wan
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi di Bukit Tunku di sini hari ini.
Kehilangan Abdullah Fadzil yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu disahkan oleh anaknya, Zadey Che Wan, melalui laman Facebooknya.
"Ayah saya Abdullah Fadzil Che Wan, yang berumur 70 tahun, dengan ketinggian 160cm dan 65 kg, telah hilang di Bukit Tunku hari ini.
"Beliau menghidapi Demensia. Jika anda tahu lokasinya, sila hubungi 0123359001 / 0163085773 / 0123013773 / 0193860085. Terima Kasih," tulis kenyataan itu Facebook.
Turut disertakan dalam kenyataan itu adalah sekeping gambar beserta butiran pakaian terakhir yang dipakainya, iaitu kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.
Demensia merupakan gejala kemerosotan fungsi kognitif berkaitan daya ingatan.
#Abdullah Fadzil Che Wan #bekas menteri #bukit tunku #Menteri Pertahanan