SEORANG bekas tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) maut ditembak di rumahnya di Jalan Morib, Tongkah, Banting dekat sini, petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa yang berumur 34 tahun baru sahaja pulang ke rumahnya kira-kira setengah jam sebelum kejadian.
"Mangsa baru sampai ke rumahnya pada 1.30 petang tadi dan kira-kira setengah jam kemudian, dua orang datang ke rumah mangsa menaiki motosikal.
"Seorang daripada mereka yang memakai topi keledar dengan pengadang gelap kemudian masuk ke dalam rumah dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fadzil berkata mangsa dikatakan baru keluar daripada pusat pemulihan khas, Kompleks Penjara, Pokok Sena, Kedah selepas ditahan di bawah tindakan POCA selama tiga tahun.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 27 2018
Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Pihak SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Malaysia catat eksport produk halal berjumlah RM45.04 bilion setakat Januari-September 2024
Keupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran sijil halal oleh Jakim di Malaysia masih rendah.
11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
Pinda akta: Cekup orang besar sindiket judi haram - Muhyiddin
Peruntukan yang lebih khusus diperlukan lantaran sistem pelayan (server) judi haram atas talian kadangkala berada di luar negara.
Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA
Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Mahkamah Tinggi tolak kes mencabar Akta Pencegahan Jenayah
Sureshwaran Rajoo yang dibuang daerah selama tiga tahun bermula dari 29 Mei lalu menjalani sesi pendengaran diwakili peguamnya, N. Surendran.
Protes di luar pagar Parlimen
Kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen hari ini sebagai membantah pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA).
Pindaan Akta Pencegahan Jenayah untuk perangi jenayah terancang - Najib
Perdana Menteri menjelaskan pindaan itu bukan untuk mengembalikan ISA.
'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini
Pindaan kontroversi Akta Pencegahan Jenayah 1959 bakal menjadi tumpuan utama di Parlimen hari ini.
Zahid: Pindaan CPA turut dapat sokongan pembangkang
Pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.