Bekas presiden gesa Aquino jumpa 'Sultan'
Teoh El Sen
Mac 7, 2013 20:53 MYT
Mac 7, 2013 20:53 MYT
Bekas Presiden Filipina menggesa Presiden Benigno Aquino III untuk bertemu dengan 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III untuk membincangkan bagaimana untuk menamatkan pertempuran yang kini berlaku di Sabah.
"Kedua-dua ketua ini harus bertemu bersemuka,” kata Fidel V. Ramos, yang merupakan Presiden Filipina antara 1992 dan 1998.
Beliau juga menegaskan bahawa pentadbiran beliau tidak pernah mengabaikan atau berputus asa atas tuntutan Filipina ke atas Sabah" dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, menurut laporan Philippine Daily Inquirer.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara dan mesyuarat Kabinet harus telah diadakan pada awal lagi.
Ramos mencadangkan bahawa Aquino perlu mendapatkan ikrar dari Kiram untuk mewakili kesultanan Sulu dalam perbincangan dengan Malaysia mengenai tuntutan ke atas Sabah.
Ramos juga berkata Aquino perlu bertemu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat itu.