Bekas polis era darurat bakal dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan

Astro Awani
Ogos 19, 2013 16:05 MYT
Semua bekas polis yang berkhidmat semasa era darurat akan dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan negara.
Pingat tersebut dijangka akan diberi pada awal tahun depan, dan disampaikan secara berperingkat.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pingat tersebut setaraf dengan Pingat Jasa Malaysia yang dianugerahkan kepada anggota tentera.
Ia dianugerahkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan pejuang negara dalam memerangi ancaman komunis.
Pingat ini juga penting memandangkan anggota polis tidak mempunyai pingat khusus untuk mereka seperti yang diterima anggota tentera.
Berita selanjutnya dapat diikuti menerusi video yang disediakan.
#darurat #komunis #pingat #polis
;