Bekas Pesuruhjaya Suhakam, Dr Mehrun Siraj meninggal dunia
Umavathi Ramayah
Jun 29, 2021 12:26 MYT
Jun 29, 2021 12:26 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Adjung Datin Dr Mehrun Siraj meninggal dunia, di kediamannya di Petaling Jaya, pagi ini.
Perkara itu disahkan anak lelaki Allahyarham, Huzir Sulaiman dalam satu kenyataan.
Beliau memberitahu, Allahyarham ibunya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi ayahnya, Datuk Sulaiman Abdullah.
Menurutnya, Allahyarham mengalami beberapa komplikasi kesihatan sejak tahun lalu dan menjalani rawatan di hospital.
"Di sebalik masalah kesihatan, ibu saya seorang yang berani dan sentiasa ceria... beliau melalui detik-detik sukar dengan tabah terutamanya sejak dua bulan terakhir.
"Saya redha dengan pemergiannya, kini beliau tidak menderita lagi," katanya ringkas.
Allahyarham juga adalah bekas pensyarah undang-undang.